Laman Utama
Bendera & Logo
Ikrar & Lagu
Perlembagaan
Sejarah
 
Galeri Sejarah
Majlis Kerja Tertinggi
Gerak 21
Pentadbiran 4B Negeri
Berita Ibu Pejabat 4B
Aktiviti Bergambar
 
Kementerian Belia & Sukan
 
Koperasi Belia 4B (KOBI)
 
Yayasan Al-Shabab
 
Kelab Penerbangan 4B
Arkib
Cadangan | Komen

 

                 GERAK 21

                     KOMITED DAN BERJAYA

 


 

GERAK 21 merupakan Pelan Bertindak 4B Malaysia Menuju Tahun 2000 yang mendukung Dasar Belia Negara dan Program Rakan Muda ke arah melahirkan belia berwawasan menuju Abad Ke 21. Perkataan GERAK diambil dari Motto 4B sendiri iaitu BERGERAK, manakala angka 21 pula bermaksud, Pertama, apa jua perancangan dan aktiviti 4B hari ini adalah semata-mata bertujuan menyediakan belia yang berwibawa menuju Abad ke 21. Kedua, angka 21 dikaitkan dengan usia matang remaja yang tahan rintanan dan komited dengan perjuangan 4B. GERAK 21 terdiri daripada 14 Gerak iaitu :

GERAK KEAHLIAN
GERAK KEPIMPINAN
GERAK ILMU
GERAK RAKAN MUDA WAJADIRI ( SIKUBI)
GERAK ANTI DADAH
GERAK DAKWAH
GERAK SUKAN
GERAK KORPORAT
GERAK MASYARAKAT
GERAK ANTARABANGSA
GERAK UDARA
GERAK TANI
GERAK WANIS
GERAK REMAJA

 
     
GERAK KEAHLIAN

 


Memberi tumpuan khusus kepada usaha gigih 4B untuk mendaftarkan semua ahli-ahli 4B seluruh negara dan seterusnya meningkatkan kempen mendaftar ahli-ahli baru. GERAK KEAHLIAN bertujuan memantapkan lagi perjuangan 4B dengan memperbaharui dan mempertingkatkan jumlah keahlian yang sedia ada
 



GERAK KEPIMPINAN

 


Merupakan satu gerak yang melatih serta melahirkan golongan belia yang mempunyai sifat-sifat sebagai seorang pemimpin. GERAK KEPIMPINAN bertujuan untuk melahirkan barisan pemimpin di kalangan belia yang bakal mewarisi tunggak kepimpinan negara dan mampu menghadapi cabaran Abad ke 21
 



GERAK ILMU

 


Digubal bagi mendukung, mengisi dan meningkatkan budaya ilmu dari kalangan ahli 4B sebagai keperluan di dalam kehidupan. GERAK ILMU bertujuan menerapkan segala bentuk ilmu kepada belia secara berperingkat peringkat dan memberi pendedahan keilmuan daripada peringkat terundah hinggalah ke peringkat yang Tertinggi. Untuk itu YAYASAN AL-SHABAB ditubuhkan bagi mengendalikan semua program yang berkaitan dengan keilmuan
 



GERAK RAKAN MUDA WAJADIRI (SIKUBI)

 


Diperkenalkan bertujuan memantapkan ketahanan diri dan mendedahkan belia kepada ilmu mempertahankan diri terutama Silat Kunci Belia 4B atau SIKUBI. Ia juga dapat melatih belia untuk menyalurkan emosi ke arah yang lebih sihat dan positif. Gerak ini juga dapat dijadikan latihan fizikal untuk kesihatan tubuh badan para belia. GERAK 21 telah dilancarkan pada 17 Disember 1995 di Casuarina, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Gerak ini dikenali sebagai Silat Kunci 4B ( SIKUBI ) sempena mengambil Silat Kunci Melayu ( SIKUME ) dan telah diterima sebulat suara oleh para perwakilan

 



GERAK ANTI DADAH

 


Digubal khas untuk pelatih PUSAT SERENTI yang ditempatkan DI PUSAT JAGAAN LANJUTAN ( PJL ). Ianya bertujuan mempersilakan diri pelatih sebelum kembali ke pangkuan masyarakat. Menanam keyakinan diri supaya berketerampilan dan tidak tersisih daripada masyarakat
 



GERAK DAKWAH

 


Adalah bertujuan melahirkan belia yang seimbang dalam segala urusan dunia dan akhirat seterusnya memupuk peribadi muslim yang mulia. Melalui GERAK DAKWAH pelbagai aktiviti yang berteraskan keagamaan dan pendidikan diatur secara bersungguh-sungguh dan berterusan
 



GERAK SUKAN

 


Diwujudkan selaras dengan aspirasi dan kehendak golongan remaja yang memerlukan aktiviti sukan. GERAK SUKAN bertujuan membentuk belia yang aktif, bergas dan dinamik ke arah memajukan negara. 4B telah memilih sukan sepak takraw sebagai keutamaan di samping menggalakkan acara-acara sukan yang lain
 



GERAK KORPORAT

 


Merupakan gerak yang memberi penekanan dalam bidang keusahawanan sejajar dengan perkembangan negara sebagai sebuah industri. GERAK KORPORAT bertujuan melahirkan usahawan muda yang berkelibar dan berinovasi di dalam bidang perniagaan kearah memantapkan ekonomi negara
 



GERAK MASYARAKAT

 
Bertujuan melatih belia bergabung tenaga membantu masyarakat melalui aktiviti kemasyarakatan  Menerapkan nilai-nilai murni kearah melahirkan generasi belia yang prihatin terhadap kepentingan masyarakat dan menegakkan prinsip-prinsip serta semangat kesukarelaan dalam pergerakan belia
 


GERAK ANTARABANGSA

 


Ditubuhkan dengan tujuan untuk melibatkan belia diperingkat antarabangsa dengan mendedahkan belia kepada isu-isu antarabangsa yang merangkumi aspek ekonomi, kebudayaan, kemasyarakatan dan kerjasama dari kalangan belia diseluruh dunia khususnya di Asia Tenggara
 



GERAK UDARA

 


Bertujuan melahirkan belia Malaysia yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang penerbangan. Melalui GERAK UDARA diharapkan Belia 4B bukan sahaja mampu melahirkan juruterbang-juruterbang malah mewujudkan belia yang cekap dan mahir dalam ilmu penerbangan dan reka cipta terkini dalam industri penerbangan
 



GERAK TANI
 
Diwujudkan sebagai satu usaha menjadikan pertanian dan industri tani sebagai pemangkin ekonomi penduduk desa dan menjadikan bidang pertanian sebagai satu kerjaya yang boleh membantu golongan belia desa
 


GERAK WANIS

 


Diwujudkan atas kesedaran bahawa peranan yang dimainkan oleh golongan wanita dalam pembangunan negara cukup besar. GERAK WANIS juga memainkan peranan penting di dalam usaha meningkatkan jumlah keahlian. Gerak ini Juga bergiat cergas dalam usaha untuk menangani permasalahan masyarakat
 


GERAK REMAJA

 


Adalah sayap yang dikhaskan untuk golongan remaja di bawah umur 30 tahun, dan golongan ini mencakupi pelajar -pelajar PIT. Sayap ini amat perlu ditubuhkan untuk memberi peluang kepada golongan ini ruang yang secukupnya bagi merancang dan melaksanakan program -program yang sesuai untuk golongan mereka. Golongan remaja ini juga adalah merupakan barisan pelapis yang akan mewarisi golongan peminpin - peminpin veteran 4B yang ada. Dengan ini mewujudkan kesinambungan kepimpinan 4B
 


     
























 

 

©2007 Hakcipta Terpelihara Gerakan Belia 4B Malaysia | Struktur,Aplikasi dan pengurusan laman web oleh:
Abdul Malik Ahmad | Rose Alyanna Ibrahim Sukri