Bendera & Logo
Ikrar & Lagu
Perlembagaan
Sejarah
 
Galeri Sejarah
Majlis Kerja Tertinggi
Gerak 21
Pentadbiran 4B Negeri
Berita Ibu Pejabat 4B
Aktiviti Bergambar
Kementerian Belia & Sukan
 
Koperasi Belia 4B (KOBI)
 
Yayasan Al-Shabab
 
Kelab Penerbangan 4B
 
Arkib
Cadangan | Komen




 

 

 
 
 
 


 


Gerakan Belia 4B Anugerah B.B.C Kepada Menteri Besar Terengganu
 
 

Menteri Besar Terengganu, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Hj. Idris bin Jusoh, telah dianugerahkan Bintang Bakti Cemerlang (B.B.C.) oleh Gerakan Belia 4B (GB4B) di majlis perasmian Mesyuarat dan Perhimpunan Agong Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia kali ke-32.  Anugerah tersebut telah disampaikan kepada beliau oleh Presiden GB4B, Y.A.B. Dato’ Seri Mohd. Ali Rustam yang telah memberi penghormatan yang tinggi kepada Menteri Besar Terengganu atas ketokohan, pencapaian dan rekod cemerlang beliau terhadap kemajuan masyarakat dan pembangunan belia khasnya di negeri Terengganu.

YAB Dato Seri Idris sentiasa bergerak cergas bersama GB4B dan beliau pernah menjadi Pengerusi 4B Kawasan Seberang Jerteh.  Atas semangat serta keinginan beliau untuk sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan kepada setiap kegiatan Gerakan Belia 4B di peringkat cawangan, kawasan, negeri dan kebangsaan, maka beliau adalah dirasai tokoh yang paling sesuai untuk menerima anugerah Bintang Bakti Cemerlang GB4B di Perhimpunan Agong kali yang ke-32 ini.

Ketokohan Dato’ Seri Idris mula menyerlah sejak beliau di bangku sekolah lagi.  Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa U.S.M. dan telah muncul sebagai graduan terbaik U.S.M. pada tahun 1984.  Beliau pernah menjadi President of the International Students’ Association of University of New Haven, Connecticut, U.S.A. pada tahun 1988 di mana beliau telah berjaya memperolehi ijazah sarjana MBA (Finance) dan telah terpilih untuk mengikuti program AMP (Advance Management) di Harvard University pada tahun 2001.  Sebelum ini, YAB Dato’ Seri Idris pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia (1995-1999) dan Pengerusi KETENGAH dari tahun 2000 hingga sekarang.

Dalam arena politik pula, YAB Dato’ Seri Idris sekarang ini ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu dan merupakan seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.  Sebelum ini, beliau pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu (1991-93).  

 


Presiden GB4B gesa GLCs dan para pentadbir kerajaan tingkatkan iltizam ke arah kecemerlangan


 

 

Perlu Bantu dan Bela nasib bangsa Melayu

“Jalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna dan sentiasa tingkatkan mutu  sistem penyaluran perkhidmatan awam (civil service delivery system) agar rakyat dapat menikmati dan merasai kemakmuran dan mendapat menafaat daripada apa yang diusahakan oleh pihak pemerintah”.  Inilah di antara lapan perkara pokok atau lapan bentuk saranan yang terkandung dalam ucapan dasar Presiden Gerakan Belia 4B (GB4B), Dato’ Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam yang juga Presiden World Assembly of Youths (WAY) semasa dibentangkan oleh beliau di perasmian Perhimpunan Agong GB4B kali yang ke-32.

YAB Datuk Mohd. Ali juga menyarankan bahawa syarikat-syarikat yang mana pihak kerajaan mempunyai kepentingan (Government-linked companies – GLCs) perlu tingkatkan usaha untuk membela nasib orang Melayu disamping berfungsi secara tidak rugi.  “Jalankan operasi dengan cara yang mengguntungkan supaya kita boleh dapat untung.  Yang rugi kita jadikannya untung.  Yang lambat atau lembab menjadi cepat….dan yang tertangguh menjadi beres!!!.  Itu yang kita nak lihat”. 

Selain itu, YAB Datuk Ali yang juga Ketua Menteri Melaka, telah menyarankan agar mana-mana GLCs yang lembab diserahkan kepada 4B.  “Kita boleh uruskannya dengan cara yang menguntungkan dan kita ada kebolehan untuk menentukannya.  Tiada yang mustahil….dan tiada yang susah.  Yang penting, komitmen kita dan iltizam kita.  Kalau nak jadi Pengurus, biar jadi Pengurus yang first class.  Kalau jadi D.O., biar jadi D.O. yang first class.  Bangsa Melayu boleh jadi bangsa antarabangsa yang first class, bukan third class,” ujar beliau di majlis perasmian Perhimpunan Agong GB4B yang ke-32 yang disambut dengan tepukan gemuruh daripada para perwakilan yang berjumlah hampir 680 orang.

Perhimpunan Agong GB4B kali yang ke-32 telah berlangsung di Universiti Darul Iman Malaysia, Kampus Kusza, Gong Badak, Kuala Terengganu dari 25 hingga 27 November, 2006.  4B Negeri Terengganu telah bertindak menjadi tuan rumah.  Antara 8 saranan Presiden GB4B dalam ucapan dasar beliau adalah seperti berikut:

·    Tingkatkan mutu perkhidmatan awam (government delivery system) dan sentiasa amalkan pendekatan baru

·    Orang Melayu perlu berusaha mengambil langkah untuk menjadi warga antarabangsa yang “first class”

·    GLCs perlu beroperasi secara untung.  Mana-mana GLCs yang lembab, serahkan kepada 4B untuk diuruskan dengan baik

·    Perkasakan pendidikan Melayu.  Sasarkan dua orang dalam satu keluarga untuk belajar dan lulus peringkat Universiti.  Korea mempunyai 60% rakyatnya lulus universiti; Sweden 89%; Finland 81%; Malaysia hanya 29%.

·    Perkasakan profesyenal muda terutama dalam pelbagai bidang seperti keusahawanan, mekatronik dan robotik, automobil, bio-tech dan bio-medical, sektor industri pembuatan ketenteraan dan aero-angkasa, pemakanan, dan agro-business/agro-tech

·    Perkasakan Islam Hadhari di dalam dan luar negara

·    Tonjolkan budaya perpaduan kita yang adil dan berhemah kepada masyarakat   asing; misi keamanan kita di luar negara telah meningkatkan tahap kepercayaan masyarakat antarabangsa kepada nilai murni dan budaya orang Melayu Muslim

·    Menafaatkan usaha berterusan Bina Upaya dan Modal Insan di kalangan rakyat terutama sekali dikalangan masyarakat Melayu 


 
 


Kementerian Belia & Sukan Anjur Program Sukan Malam
 

Putrajaya, 9 Januari, 2007

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melancarkan program Sukan Malam bagi menangani masalah mat rempit di kalangan remaja.  Menteri KBS, YB Datuk Azalina Othman Said berkata, program tersebut diyakini dapat mengatasi masalah penagihan dadah dan penglibatan belia di kelab-kelab malam.  Sebagai permulaan, program Sukan Bermotor Malam akan berlangsung pada 20 dan 21 Januari depan di Litar Go Kart, Batu Tiga, Shah Alam.

Menurut beliau, program tersebut berupaya menggerakkan pembangunan modal insan di kalangan belia selain memastikan mereka tidak terpinggir dalam arus pembangunan sukan.  Bayaran yang paling minima akan dikenakan kepada para peserta bagi memastikan kesungguhan mereka menyertai program tersebut, katanya.  YB Datuk Azalina menjelaskan program Sukan Malam diwujudkan bagi memberi peluang kepada golongan muda mengisi masa lapang dengan bersukan pada waktu malam. 

Kajian terkini Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) mendapati para belia amat berminat dan optimis terhadap sukan tetapi tiada kemudahan disediakan untuk mereka.  Kesuntukan masa pada waktu siang menyebabkan para belia tidak mempunyai ruang yang cukup untuk bersukan.  Justeru, program seumpama ini dapat membantu mereka beriadah.

“Kita mensasarkan bandar-bandar besar seperti Shah Alam, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bharu sebagai lokasi strategik untuk program Sukan Malam,” katanya.  “Program tersebut merangkumi program sukan bermotor seperti motosikal, kereta dan go-kart sementara bagi program sukan konvensional termasuk bola jarring, futsal dan 3 x 3 bola keranjang.  Sukan X-games pula termasuk roller blade, roller skate dan basikal lasak BMX,” tambah beliau.

Mengulas mengenai program sukan bermotor malam, beliau berkata pertandingan motosikal berkapasiti bawah 125 cc secara terbuka akan dianjurkan.  YB Azalina menjelaskan format pertandingan berpandukan undang-undang dan hanya 50 motosikal dibenarkan bertanding pada satu-satu masa.

“Beberapa aktiviti sampingan berkaitan permotoran akan turut diselitkan bagi menimbulkan kesedaran kepada peserta supaya mengutamakan keselamatan,” ujar YB Datuk Azalina di Putrajaya.


 

Musabaqah & Nasyid di Johor
 


 

 

 

Anugerah Belia Negara 2006 Milik 4B
 

Gerakan Belia 4B Malaysia melalui Cawangan 4B Kuala Medang, Pahang  telah menjadi juara Anugerah Belia Negera bagi tahun 2006 bagi ketegori pertubuhan. Majlis Penganugerah tersebut telah diadakan sempena Hari Belia Negara di Stadium Putra, Bukit Jalil dan disempurnakan oleh YAB Dao' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 2006. Disamping itu  sebanyak enam buah cawangan 4B lagi telah berjaya menjadi juara bagi peringkat negeri. Antara Cawangan 4B yang berjaya di peringkat negeri adalah seperti berikut :

1. Cawangan Paya Kampung Besar - Negeri Perlis
2. Cawangan Trong - Negeri Perak
3. Cawangan Tanjung Sepat - Negeri Selangor
4. Cawangan Durian Daun - Negeri Sembilan
5. Cawangan Batang Tiga Darat - Negeri Melaka
6. Cawangan Kubang Panjang - Negeri Kelantan
7. Cawangan Kuala Medang - Negeri Pahang
     
 

YANG AMAT BERHORMAT DATUK SERI

HJ. MOHD. ALI MOHD. RUSTAM
 

PRESIDEN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA merangkap

KETUA MENTERI MELAKA dan

PRESIDEN WORLD ASSEMBLY OF YOUTH (W.A.Y.)

 

 



PERUTUSAN KHAS PRESIDEN

 


©2007 Hakcipta Terpelihara Gerakan Belia 4B Malaysia | Struktur,Aplikasi dan pengurusan laman web oleh:
Abdul Malik Ahmad | Rose Alyanna Ibrahim Sukri