Laman Utama
Bendera & Logo
Ikrar & Lagu
Perlembagaan
Sejarah
 
Galeri Sejarah
Majlis Kerja Tertinggi
Gerak 21
Pentadbiran 4B Negeri
Berita Ibu Pejabat 4B
Aktiviti Bergambar
 
Kementerian Belia & Sukan
 
Koperasi Belia 4B (KOBI)
 
Yayasan Al-Shabab
 
Kelab Penerbangan 4B
Arkib
Cadangan | Komen

 

 

 
 
 


 





" Kelab Ini Sudah Tentu
Manarik Minat Daripada
Pemuda Dan Pemudi Kita,
Belia Dan Belia Wanis
Untuk Memamsuki
Bidang Penerbangan Ini"

Petikan ucapan YAB DAtuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
Pada Majlis Pelancaran
Kelab Penerbangan 4B Malaysia
pada 3 Mei 1997

Menyedari Hakikat betapa pentingya belia hari ini didedahkan dengan pelbagai bidang ilmu dan kemahiran, Gerakan Belia 4B Malaysia telah menubuhkan sebuah Kelab Penerbangan yang dikenali dengan nama Kelab Penerbangan 4B Malaysia (KP4B). KP4B telah diluluskan pendaftrannya pada 24 Januari 1996, bernombor pendaftranya PPMMP-1290195(4). Majlis Pelancaran telah disempurkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 3 Mei 1997.

Antara objektif penubuhan kelab ini ialah untuk menggalakkan pembelajaran serta latihan penerbangan kepada para belia serta membangunkan dan mengembangkan ilmu penerbangan di kalangan belia -belia di Malaysia termasuk melatih, mereka bentuk, memasang dan membina pesawat ringan microlight.

Bagi menyahut YAB Perdana Menteri untuk menubuhkan Experimental Aircraft Association kelab ini akan mendedahkan pada belia dengan cabaran awal bidang penerbangan melauli rekreasi sukan udara. Di samping sebagai satu  sains hobi yang mendatangkan faedah serta saluran bagi ahli -ahli beriadah, bertukar - tukar kepakaran dan kemahiran KP4B  akan menggerakkan ahli ke arah mendalami industri dan teknologi penerbangan yang merupakan satu industri yang mempunyai cabaran yang tinggi.

Keahlian KP4B terbuka kepada semua warga negara malaysia yang berumur 18 tahun ke atas Borang pemohonan boleh didapati daripada urusetia Kelab Penerbangan 4B Malaysia. KP4B  memiliki 7 buah pesawat ringan yang dibeli daripada Quiksilver International,Amerika Syarikat. Anatara model - model yang dimiliki ialah MXL 11 Sport dan GT 500.

   


HANGAR :
Hangar untuk menempatkan pesawat – pesawat ringan ini terletak
bersebelahan dengan Lapangan Terbang Batu Berendam

 

Pesawat Ringan Jenis  GT 500

   

Pesawat Ringan Jenis MXL 11 Sport


 
   
MAJLIS PELANCARAN KELAB PENERBANGAN 4B MALAYSIA

 
 

Majlis Pelancaran KP4B oleh
YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
Pada 3 Mei 1997

   
   
YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad & YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rusram mencuba pesawat ringan semasa hari pelancaran
 

   


Gambar Juruterbang Kumpulan Pertama
En. Mohamad Abdullah, En. Jelani Ali, En. Wan Ahmad Husaini Abdullah,En. Kamaluddin Abdul
Cik Noasyikin Dato Onn, En. Zulpah Nodin dan En. Hassan Yop
   

Informasi Terkini  Kelab Penerbangan 4B Malaysia (format pdf)
klik di sini untuk muat turun acrobat reader

 



Alamat Urusetia Kelab Penerbangan 4B Malaysia :
 
4B MALAYSIA FLYING CLUB
Kelab Penerbangan 4B Malaysia
Lapangan Terbang Batu Berendam
75350 Batu Berendam
Melaka

Telefon : 06-3175860 / 06-3176717
Faks     : 06-3174591
   





 

 

©2007 Hakcipta Terpelihara Gerakan Belia 4B Malaysia | Struktur,Aplikasi dan pengurusan laman web oleh:
Abdul Malik Ahmad | Rose Alyanna Ibrahim Sukri